WARGANEGARA

Suasana Politik Tanahair kita hari ini.

Posted in Politik Tanahair by kerambit on Julai 20, 2008

Assalamualaikum semua warganegara Malaysia.

Saya percaya tuan tuan dan puan puan semua turut merasa bimbang akan keadaan dan suasana politik tanahair ini yang semakin hari semakin berserabut dan timbul perkara perkara yang kurang menyenangkan jiwa dan sanubari kita tanpa mengira keturunan dan fahaman agama masing masing?

Soalnya adakah kita sebagai warganegara harus berdiam diri melihat sahaja akan segala perkembangan semasa politik tanahair ini yang ternyata tidak adil dan membiarkan sahaja segala keculaparan dilakukan terhadap sesama warganegara tanpa bangun menunjukkan bantahan kita terhadap puak puak konspirator politik yang nampak seperti tidak mengendahkan sesiapa?

Mereka yang sedang bermaharajalela didalam dunia politik tanahair ini seolah lupa bahawa pangkat dan kedudukan mereka itu hanya bersifat sementara dan diatas budi dan jasa warganegara yang mengundi mereka semasa pilihanraya yang lalu?

Apakah kita selaku warganegara ini hilang kuasa bertanya bilamana mereka selesai mengangkat sumpah berjanji akan menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka terhadap negara dan sesama rakyat marhaen dan lupa bahawa mereka telah menjunjung kitab suci Al-Qur’an Al Karim?

Fikir fikir lah perkara ini!

Ditag oleh:,

Tinggalkan jawapan

Anda mesti log masuk terlebih dahulu untuk mengirim komen.